Daripada masalah sampah, longkang tersumbat hinggalah bumbung bocor terus menghantui penduduk rumah pangsa yang mempunyai lapan blok itu.

Turut disuarakan ialah masalah kotak meter elektrik yang tiada penutup serta ketiadaan pagar sehingga mendedahkan mereka kepada jenayah.

Penduduk mendakwa, di-sebabkan masalah itu juga menyebabkan kes denggi meningkat di kawasan perumahan itu.

Dakwa mereka, aduan berhubung masalah itu telah dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab, namun sehingga hari ini tiada sebarang penyelesaian diambil.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi yang turut disertai Pengarah Pusat Per­khidmatan Barisan Nasional (Pem-bela BN) Melaka, Amir Hamzah Abd. Aziz. mendapati dakwaan penduduk rumah pangsa berusia 23 tahun itu berasas.

Bau busuk daripada tangki najis yang tidak diselenggara de­ngan baik juga dapat dihidu sebaik melangkah ke pekarangan rumah pangsa yang mempunyai kira-kira 500 unit itu.

Utusan Malaysia difahamkan, sikap segelintir penduduk yang mementingkan diri termasuk mengabaikan aspek kebersihan menjadi punca utama permasalahan itu berterusan.

Tindakan mereka yang suka membuang sampah sarap ke tempat tidak sepatutnya terma-suk ke dalam longkang memburukkan lagi keadaan itu.

Sehubungan itu, penduduk menggesa pihak bertanggungjawab menyelesaikan segera isu yang dihadapi mereka itu agar tidak terus berpanjangan.