Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sampah dari langit?

Buang sampah dari kenderaan cacatkan keindahan pintu masuk Melaka

SEORANG kontraktor menjalankan kerja-kerja  pembersihan di kawasan 3
SEORANG kontraktor menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

MELAKA 6 Sept. - Setiap kali musim cuti persekolahan atau pera­yaan, negeri Melaka se-ring menjadi pilihan pelancong untuk berkunjung me­lawat tempat-tempat bersejarah dan menarik yang terdapat di seluruh negeri ini.

Namun apa yang menye­dihkan selepas sahaja tamat cuti berkenaan, sampah sarap kelihatan di tepi-tepi laluan utama khususnya di ka­wasan yang menjadi laluan masuk ke negeri ini.

Sebagai contoh, sebaik sahaja keluar daripada Plaza Tol Simpang Ampat di Alor Gajah, banyak sampah sarap yang dibuang di tepi-tepi jalan utama menuju ke arah pusat bandar Melaka menerusi Le­buh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ).

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar kawasan selepas plaza tol itu mendapati, terdapat sampah sarap seperti botol minuman plastik, bungkusan makanan memenuhi rumput hijau dan longkang berhampiran.

Sebagai sebuah negeri yang mengamalkan budaya kebersihan, keadaan ini bakal menjejaskan imej negeri Melaka yang merupakan negeri pertama melaksanakan kempen kebersihan, negeri hijau bandar teknologi termasuk memperkenalkan moto Don’t Mess With Melaka dalam kalangan rakyatnya.

Berdasarkan pemerhatian kebanyakan sampah itu datangnya daripada pengguna kenderaan yang tidak bertanggungjawab membuangnya dari kenderaan ketika berhenti untuk membeli makanan atau cenderahati yang dijual di kedai-kedai di tepi jalan.

Keadaan lebih memburukkan apabila pertambahan jumlah pengguna kenderaan yang berhenti atau melalui kawasan itu.

Malah ada dalam kala­ngan penduduk di kawasan Kampung Simpang Ampat itu yang ditemui berkata, pihak bertanggungjawab hanya me­laksanakan tugas mengutip sampah yang sudah siap dikumpulkan.

Ada yang mendakwa sampah yang bertaburan itu dibiarkan begitu sahaja sehingga mencacatkan pemandangan dan atas inisiatif penduduk serta peniaga di kawasan terlibat mereka hanya membersihkan sampah di kawasan premis mereka sahaja.

Apa yang membimbangkan, Melaka buat julung kalinya akan menjadi tuan rumah Persidangan Urban Environmental Accords (UEA) kali ke-4 yang akan diadakan mulai esok hingga 9 September ini.

Dengan pembabitan kira-kira 250 delegasi dalam dan luar negara sudah pasti kawasan Alor Gajah akan dilawati oleh mereka dan imej negeri ini mungkin terjejas sekiranya kebersihan tidak dijaga.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menjadi tuan rumah kepada persidangan kali ini, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) memainkan peranan besar bagi memastikan acara ini berlangsung mengikut jadual ditetapkan dan pada masa sama kebersihan pintu masuk ne­geri ini sentiasa bersih.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain