Difahamkan kediaman jenis ba­nglo dua tingkat dan rumah lot setingkat itu terabai sejak beberapa tahun lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi baru-baru ini mendapati kawasan sekeliling rumah dipenuhi semak-samun.

Berdasarkan pemerhatian lo­kasi turut dijadikan tempat membuang sampah pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat longgokan sampah sarap di luar dan dalam rumah.

Penduduk mendakwa rumah yang terbengkalai serta tidak diawasi dengan sebaiknya itu mendorong pihak tidak bertanggungjawab menjalankan kegiatan penagihan dadah.

Difahamkan, jiran tetangga yang tinggal berhampiran rumah kosong itu turut terganggu de­ngan kea­daan itu selain menimbulkan suasana me­nyeramkan terutama pada se­belah malam.

Rumah terbiar itu juga dibimbangi mendorong kepada pembiakan nyamuk aedes selain menjadi sarang kepada haiwan berbisa seperti ular yang boleh memberi ancaman kepada penduduk setempat.

Bimbang dengan keadaan berkenaan, penduduk berha­rap pihak bertanggungjawab me­ng­ambil tindakan segera bagi me­nguruskan rumah terbiar itu.

Ini termasuk melakukan kerja-kerja pembersihan atau me-runtuhkan bangunan tersebut supaya tempat yang boleh menyumbang kepada berlakunya jenayah dibersihkan.

Difahamkan, kawasan tersebut adalah di bawah seliaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.