Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RM20j bangun sawah Kg. Parit Penghulu

Hasan RAHMAN (dua dari kanan) mengagihkan benih padi kepada sebahagian
HASAN RAHMAN (dua dari kanan) mengagihkan benih padi kepada sebahagian petani pada majlis Penyampaian Benih Padi di sawah Telok Rimba, Sungai Rambai, Melaka, semalam.

JASIN 1 Feb. - Peruntukan sebanyak RM20 juta diperlukan bagi membangunkan sawah padi di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai di sini selaras usaha menjadikan kawasan itu sebagai destinasi agro pelancongan ne­geri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, peruntukan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu amat diperlukan bagi menaik taraf kemudahan khususnya bagi sektor tanaman padi di kawasan seluas 154 hektar berkenaan.

Menurutnya, usaha menaik taraf itu termasuklah kerja menambah baik sistem pengairan dan saliran, pembinaan rumah pam bagi mengepam air dari Su­ngai Kesang, infrastuktur jalan sawah dan sebagainya.

“Kita juga merancang untuk menaik taraf benteng sawah padi dengan melebarkannya agar dapat dibina jalan dua hala sekali gus berupaya menjadikan projek sawah padi Kampung Parit Penghulu ini sebagai projek agro pelancongan ternama yang boleh dikunjungi pelancong dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Penyampaian Benih Padi di sawah Telok Rimba, Sungai Rambai, di sini.

Hasan berkata, jika permohonan itu diluluskan, projek tersebut akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang secara berperingkat-peringkat.

“Usaha ini akan mencerahkan lagi peluang untuk menjadikan sawah padi di Sungai Rambai dan Bukit Rambai sebagai Jelapang Padi Negeri yang telah dicada-ngkan kepada kementerian sejak dua tahun lalu.

“Sekiranya berjaya mendapatkan status tersebut, para pesawah di negeri ini akan berpeluang memperolehi segala kemudahan termasuk infrastruktur, benih baja dan pasaran sama seperti yang diperolehi pesawah Jelapang Padi Negara di Kedah,” jelasnya.

Sementara itu katanya, kawasan sawah padi Kampung Parit Penghulu bakal dijadikan projek perintis bagi tanaman padi beras wangi yang pertama di Melaka menggantikan beras padi jenis CL.

“Bagaimanapun ia hanya akan dilaksanakan selepas sawah ini dilengkapi segala kemudahan termasuk mesin dan kilang memproses padi beras wangi kelak,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain