Program Ziarah Puteri Peduli itu melibatkan penyampaian sumbangan wang tunai RM100, beg sekolah dan alat tulis kepada 17 pelajar dan murid sekolah daripada 17 keluarga yang terlibat manakala penduduk yang tidak mempunyai anak bersekolah turut menerima bantuan berupa kelengkapan dapur berjumlah RM50 setiap satu.

Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, program itu turut diisi dengan aktiviti gotong-royong membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di kawasan terlibat.

“Bantuan ini merupakan salah satu aktiviti kebajikan Puteri UMNO dan YPM bagi meringankan beban keluarga mangsa banjir dan para pelajar sekolah dan diharapkan ia dapat meringankan beban mereka,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada 27 penerima mangsa banjir itu.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bemban, Datuk Ng Choon Koon dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jasin, Suzalipah Md. Len. - UTUSAN ONLINE