Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Leftenan Kolonel Effendy Ali berkata, pusat penempatan berkenaan yangmula dibuka sejak semalam ditutup pada pukul 10.53 malam tadi.

“Kesemua tujuh tong silinder yang memuatkan bahankimia itu telah dibawa keluar untuk dihantar ke premis syarikat pemilik asal di Rawang, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang kelmarin, lebih 50 penduduk Kampung Tambak Paya mengalami sesak nafas selepas dipercayai terhidu gas klorin dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka dan Hospital Jasin untuk menerima rawatan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron semalam memaklumkan, sebanyak 66 penduduk kampung itu ditempatkan di pusat penempatan sementara di sekolah itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berikutan kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE