Program tersebut merupakan kejohanan bertaraf antarabangsa yang diilhamkan oleh International Masters Games Association (IMGA) yang berpusat di Switzerland.

Majlis penyerahan obor itu berlangsung di Jambatan Kuala Linggi di mana Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Zamzuri Arifin menyerahkan obor tersebut kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Zamri Mat Kasim.

Kejohanan APMG kali ini akan diadakan di Pulau Pinang bermula pada 7 hingga 15 September depan dan bersempena kejohanan tersebut, kerajaan negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) menganjurkan program larian obor yang bermula di Sabah pada 28 April lalu dan akan berakhir di Pulau Pinang pada 8 September depan.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Port Dickson, Khairy Maamor dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, M. Ravi.

Pelbagai acara sukan yang dipertandingkan sepanjang kejohanan APMG Penang 2018 berlangsung.

Antara sukan yang dipertandingkan adalah badminton, bola keranjang, bola sepak, golf, pencak silat, renang, boling tenpin, wushu dan sebagainya. - UTUSAN ONLINE