Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Pantai dan Pulau-Pulau negeri, Datuk Ghazale Muhamad berkata, kira-kira 3,000 ben­dera pelbagai saiz dipasang pada ke­dua-dua arah bermula di Jeti Taman Rempah sehingga Dataran Sungai Melaka.

Beliau berkata, usaha itu diambil bagi menceria dan meme­riahkan Hari Kebangsaan 2017 di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Selaras dengan tema Hari Kebangsaan kali ini iaitu Malaysia #SehatiSejiwa ia juga jelas menggambarkan bahawa semangat perpaduan dan integrasi nasional merupakan instrumen penting yang perlu kita miliki dan pelihara selama ini.

“Mengibarkan Jalur Gemilang ini juga merupakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dalam menzahirkan rasa kecintaan terhadap tanah air di samping memberi kesedaran tentang semangat patriotik dan kepentingan mempertahankan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Hari Kebangsaan 2017 PPSPM di Dataran Rempah di sini .

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Nazary Ahmad dan timbalan beliau, Adham Ahmad.