Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM39.784.60 diperuntukkan kepada usahawan di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Alor Gajah.

Menurutnya, bagi projek fertigasi PPK Melaka Tengah, LPP menerima sebanyak RM70,000 manakala sejumlah RM97,000 diperuntukkan untuk peruntukan pembangunan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jalinan Peladang peringkat negeri Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Abdul Rahman Yaakub, Merlimau dekat sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pengarah Nafas, Datuk Ramli Norani dan Pengerusi LPP Melaka, Datuk Abu Pit.

Menurut Tajudin, kerajaan turut meluluskan peruntukan ‘one off’ sebanyak RM30,000 kepada pertubuhan peladang dan persatuan nelayan di seluruh negara dalam Bajet 2018 untuk tujuan meningkatkan jumlah pengeluaran.

“Saya berharap agar pertubuhan peladang dapat memberi tumpuan kepada projek agro makanan yang permintaannya tinggi dan menggalakkan tanaman yang bokeh dipasarkan di peringkat dalam negara hingga ke peringkat antarabangsa,” katanya. - UTUSAN ONLINE