Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, penggunaan pokok buah-buahan itu akan dijadikan usaha menambah baik struktur land­skap menggunakan pokok bu­nga dan pokok hiasan sedia ada di sepanjang lokasi berkenaan.

Menurutnya, penggunaan po­kok buah tempatan seperti durian, rambutan, manggis, rambai dan sebagainya itu sekali gus akan menjadi produk tarikan baharu pelancongan di negeri ini ter­utamanya kepada pelancong dari luar.

“Sehubungan itu, kita telah mengarahkan Jabatan Pertanian untuk bekerjasama erat dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini bagi memastikan perkara itu dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Buat peringkat awal, kita cadangkan pegawai Jabatan Landskap bina model-model sejauh tiga hingga empat kilometer dahulu sebagai panduan sebelum dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas me­rasmikan Pesta Durian dan Buah Tempatan di Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang, di sini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasa dan Koperasi negeri, Datuk La­tiff Tamby Chik dan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Pertanian Melaka Sdn. Bhd. (PPMSB), Datuk Isnin Aman.

Jelas Idris, usaha menjadikan produk pertanian itu sebagai produk keindahan landskap ne-geri selaras dengan hasrat menghijaukan lagi negeri ini.

“Ini juga merupakan satu kelainan dan dengan pelaksa-naannya kelak bakal menjadikan Melaka sebagai contoh atau panduan kepada negeri-negeri lain di seluruh negara,” ujarnya.