Pengurus Besarnya, Datuk Kha­­mis Abas berkata, langkah itu termasuk cadangan membina sebuah replika kapal Sultan Melaka dan rumah api berhampiran kawasan itu.

Menurut beliau, pihaknya sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berhubung pem­binaan replika kapal Sultan Melaka atau dikenali kapal Mendam Berahi dan rumah api tersebut.

“Fasa pertama projek menaik taraf kawasan ini telah selesai sepenuhnya meliputi pembinaan kemudahan seperti surau, gerai cendera mata dan kafe untuk ke-selesaan pengunjung.

“Kesemua kemudahan ini akan dibuka kepada pengunjung pada pertengahan bulan ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan Ulang Tahun Keenam Muzium Kapal Selam di sini.

Sempena ulang tahun itu maj­lis kesyukuran dan bacaan Yasin turut diadakan yang disertai se­ramai 50 pelajar Sekolah Pondok Tahfiz Tuan Guru Haji Husin Umbai serta kakitangan Perzim.

Yang turut hadir, Pegawai Tadbir Markas Tentera Laut Cawa­ng­an Pengurusan Projek Peralatan, Leftenan Komander Yazid Ahmad.

Khamis berkata, pihaknya juga berharap kerjasama Perzim de­ngan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut dapat dipertingkatkan dalam melengkapkan lagi informasi berhubung unit tersebut.

Dalam pada itu beliau memberitahu, sepanjang tempoh Mu­zium Kapal Selam itu dibuka sejak akhir tahun 2011 hingga Februari tahun ini, bilangan pe­ngunjung yang direkod adalah sebanyak 631,175 orang.

Tahun ini jumlah pengunjung disasarkan kira-kira 150,000 orang.