Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Melaka Berhad, Hasrul Hassan berkata perlumbaan itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu terbuka bagi pasukan luar Melaka manakala tertutup bagi pasukan dari negeri itu, dan kategori campuran.

"Pasukan tempatan yang menyertai pelumbaan tersebut termasuk Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Persatuan Kayak Melaka, Raja Laut Kelong Kelantan, Akademi Laut Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Universiti Multimedia.

" Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dijadual melepaskan perlumbaan ini, namun perlumpaan kali ini tidak disertai pasukan antarabangsa kerana difahamkan mereka terbabit dalam acara yang lebih besar," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hasrul berkata setiap perahu akan berlumba sejauh 200 meter dan pemenang tempat pertama hingga keenam bagi kesemua kategori masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM100 hingga RM2,000.

Beliau berkata perlumbaan itu merupakan antara acara antarabangsa yang diatur bagi menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka ke-12 yang berlangsung selama 11 hari bermula 22 Nov lepas.

Katanya operasi Perkhidmatan Melaka River Cruise di Sungai Melaka tidak dihentikan kerana tidak mengganggu perlumbaan berkenaan yang menggunakan sebahagian laluan di sungai tersebut selain pelancong yang menaiki cruise juga dapat menyaksikan pertandingan berkenaan. - BERNAMA