Persembahan muzikal itu akan diadakan pada Ahad malam bersempena sambutan ulang tahun ke-16 bandar raya Melaka Bersejarah 2019 pada Isnin ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mansor Sudin berkata, penutupan jalan itu melibatkan persimpangan empat Replika Gong berhampiran Dataran MBMB sehingga persimpangan tiga Melaka Mall yang menghubungkan pusat beli-belah itu dengan Aeon Ayer Keroh.

“Laluan tersebut akan ditutup mulai pukul 7 malam hingga 12 tengah malam Ahad ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pengguna kenderaan dinasihatkan menggunakan empat laluan alternatif untuk ke pusat bandar atau ke Ayer Keroh.

“Pengguna ke pusat bandar boleh menggunakan laluan Jalan Istana – Jalan Bukit Beruang - Jalan Padang Jambu – Jalan Mufti Hj. Khalil atau Jalan Merbok (laluan belakang bangunan Melaka Mall) - Jalan Datuk Ghani Ali - Jalan Padang Jambu – Jalan Mufti Hj. Khalil.

“Manakala untuk ke Ayer Keroh mereka boleh menggunakan Jalan Bukit Beruang – Jalan MITC/Jalan Istana atau Jalan Datuk Ghani Ali - Jalan Merbok,” katanya.- UTUSAN ONLINE