Pengetua yang bakal menyambut hari lahir yang ke-60 tahun esok itu secara spontan menaiki motosikal jenis Suzuki Belang R150 milik pelajarnya ketika menuju ke pintu utama sekolah tersebut selepas tamatnya Majlis Bakti Disanjung, Budi Dijunjung sempena persaraannya di sini hari ini.

Perbuatannya itu menyebabkan kira-kira 1,400 warga sekolah itu memberikan tepukan gemuruh sebelum bergambar bersama Zulkapli sebagai tanda kenangan.

Menurut Zulkapli yang telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 33 tahun lima bulan dan 17 hari, dia akan berehat selepas persaraannya itu dan pastinya merindui semua warga sekolah yang pernah bersamanya sebelum ini. - UTUSAN ONLINE