Halaman berkeluasan kira-kira 0.1 hektar itu dilanda banjir kilat sehingga tiga buah kende­raan yang diletakkan di kawasan itu hampir tenggelam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika penduduk berkenaan yang identi-tinya enggan dikenali selesai menunaikan solat isyak dan mendapati air limpahan daripada saluran lubang di atas jalan (manhole) berdekatan rumah-nya dibuka.

Saluran itu dipercayai dibuka oleh petugas Syarikat Air Me-laka Berhad (SAMB) bagi membolehkan air dilepaskan untuk kerja-kerja pembaikan di kawasan lain.

Utusan Malaysia difahamkan, kejadian itu bukan kali pertama dan turut berlaku kira-kira 18 tahun lalu melibatkan individu dan kawasan yang sama.

"SAMB sewajarnya lebih peka terhadap kesan yang bakal berlaku kepada penduduk di sini sekiranya saluran itu dibuka.

"Sistem pengurusan operasi mereka perlu diperkemaskan bagi mengelakkan kejadian sama berulang," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di sini.

Difahamkan air kembali surut kira-kira pukul 11.30 malam selepas kejadian itu dilaporkan kepada SAMB dan operasi melepaskan air dihentikan.

Meskipun kejadian ini hanya melibatkan sebuah rumah penduduk, namun mangsa meminta agar pihak bertanggungjawab lebih peka dan memastikan perkara sama tidak berulang.