Projek PPR Tehel melibatkan pembinaan sebanyak 500 unit rumah bernilai keseluruhan RM80 juta merupakan antara lima program perumahan kerajaan Persekutuan daripada keseluruhan 62,556 unit rumah yang akan dibangunkan di negeri Melaka dalam tempoh lima tahun.


Majlis penyerahan kunci tersebut turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Othman Muhamad; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar serta timbalan beliau, Datuk Halimah Mohamed Sadique. - UTUSAN ONLINE