Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MPHTJ kembangkan perniagaan food truck

Perkenal konsep mudah, bersih dan murah

Sistem perniagaan dari atas trak oleh Majlis Perbandaran Hang 2
Sistem perniagaan dari atas trak oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dilaksanakan berikutan mendapat permintaan tinggi daripada pengguna.

MELAKA 19 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) memilih Unit Penswastaan Melaka Mall di sini sebagai lokasi untuk melaksanakan sistem penjualan makanan dari atas trak atau food truck bagi memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai terutamanya pada waktu malam.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Murad Husin berkata, food truck merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang semakin digemari masyarakat ketika ini dan turut mendapat permintaan tinggi daripada pengguna kerana menyediakan konsep mudah, bersih dan murah.

Katanya, bagi memastikan trend perniagaan ini berkembang di kawasan MPHTJ, buat permulaan pihaknya memberi peluang kepada 15 pengusaha food truck untuk berniaga di Melaka Mall.

“MPHTJ juga bercadang mewujudkan beberapa lagi kawasan perniagaan lain antaranya di Kota Fesyen berhampiran Kompleks Tenis di Pusat Dagangan Antarabangsa Me­laka (MITC) Ayer Keroh.

“Selain itu sempena bulan Ramadan tidak lama lagi, pihak majlis bercadang melanjutkan perniagaan mereka sehingga pukul 3 pagi bagi memudahkan orang ramai untuk bersahur,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini hari ini.

Menurut Murad, peniaga turut diingatkan agar mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa tempatan itu termasuk aspek kebersihan dan tidak mengganggu masyarakat setempat.

Beliau berkata, MPHTJ me­ngenakan caj sewa tapak dan logistik bulanan sebanyak RM800 kepada peniaga food truck selain memperuntukkan lesen perni­agaan kepada semua peniaga yang bernaung di bawah penganjur iaitu Melaka Mall.

“Saya percaya pengusaha trak makanan akan menyambut baik saranan kerajaan negeri dan amalan penggunaan ‘Don’t Mess With Melaka’ sekali gus mematuhinya tanpa sebarang masalah,” tambah beliau.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain