Idris Haron

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kemampuan ke­rajaan negeri me­ngubah landskap Su­ngai Melaka yang dahulunya busuk, kotor dan tidak terurus menjadi lokasi pelancongan kebanggaan rakyat bukan suatu perkara mudah untuk dilakukan.

Menurutnya, komitmen kerajaan negeri dalam memulihara dan membangunkannya telah berjaya mengembalikan semula kegemilangan Sungai Melaka yang pernah menjadi salah satu sungai ternama dalam peta dunia suatu masa dahulu.

“Justeru, kita berharap kemajuan dan pembangunan yang dilaksanakan ini terus dijadikan model serta sumber rujukan kepada negeri lain serta negara luar,” katanya ketika berucap menutup Festival Antarabangsa Sungai Melaka (FASM) 2017 di Dataran Sungai Melaka, Kampung Morten, di sini baru-baru ini.

Hadir sama Spea­ker Dewan Undangan Ne­geri (DUN), Datuk Othman Muha­mad; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Naim Abu Bakar; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Pantai, Sungai dan Pulau-pulau negeri, Datuk Gha­zale Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pemba­ngunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Na­zary Ahmad.

Jelas Idris, perkara itu dipandang serius oleh kerajaan negeri malah pelbagai usaha transformasi telah dan sedang dilaksanakan bagi memastikan sungai tersebut bersih, indah serta terus dikunjungi pelancong.

​“Pembangunan pesat itu­ ba­gaimanapun tetap me­nge­kalkan elemen bersejarah di sepanjang sungai hingga menarik perhatian pelancong sekali gus merancakkan sektor lain terma­suk perhotelan, perniagaan dan ejen kembara,” ujarnya lagi.