DATUK AZMI HUSSAIN
DATUK AZMI HUSSAIN 

Datuk Bandar MBMB, Datuk Azmi Hussain berkata, program larian tersebut yang diadakan setiap tahun namun kali ini diberikan nama baharu sempena sambutan Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2018 kali ke-12 yang akan bermula pada 22 November hingga 1 Disember depan.

Beliau berkata, antara objektif larian tersebut adalah mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan popular di dunia, memperkenalkan Sungai Melaka sebagai salah satu produk utama pelancongan negeri selain menjadikan acara larian itu sebagai ikon tahunan sukan negeri Melaka.

“Tiga kategori disediakan iaitu 21 kilometer, 10 kilometer dan 5 kilometer dan bayaran pendaftaran adalah antara RM20 hingga RM80 manakala bagi pelajar sekolah, bayaran penyertaan dikenakan hanya RM10.

“Larian akan bermula di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir dan para peserta akan melalui beberapa kawasan utama di bandar raya ini selain berpelaung memenangi hadiah wang tunai keseluruhan yang berjumlah RM40,000 serta 100 hadiah cabutan bertuah,” katanya dalam sidang akhbar berhubung penganjuran program itu di Bilik Gerakan MBMB di sini sebentar tadi.

Menurut Azmi, pihaknya turut merancang beberapa aktiviti sempena program larian itu yang akan diadakan pada Jumaat bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam antaranya senam robik dan zumba, pameran kereta, cabaran basikal BMX, persembahan kebudayaan dan artis, karnival dan sukan rakyat.

Orang ramai yang ingin menyertai larian tersebut boleh menghubungi syarikat PM Media & Event Sdn. Bhd. di talian 06-2322280 atau melayari laman web http://checkpointspot.asia/MHCR18 sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 14 November depan. - UTUSAN ONLINE