Ketua Menteri, Adly Zahari memberitahu, tindakan itu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang baru-baru ini.

“Usaha ini juga diharap dapat menyumbang kepada keseimbangan ekosistem, pembersihan sungai, mengekalkan kawasan hijau, mengurangkan pelepasan karbon yang menyumbang kepada pemanasan global dan meningkatkan bekalan oksigen bagi kehidupan yang lebih lestari.

“Saya percaya, apabila berlaku perubahan dalam pucuk pimpinan kerajaan, membolehkan ia terus membangun dan berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Roslan Ibrahim dan kesemua barisan Exco kerajaan negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Sementara itu, Adly memberitahu, beliau percaya, negeri ini akan dapat mengembalikan kewibawaan yang pernah dimilikinya pada abad ke-13 lalu melalui perubahan dan wajah baharu yang jauh lebih baik demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat. 

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, bagi mengiktiraf ADUN pembangkang pula, kerajaan negeri  telah bersetuju memberikan sejumlah RM3,000 sebulan bagi pengurusan pejabat sebagai mengiktiraf dan mengangkat peranan mereka menunaikan janji yang telah diikat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. - UTUSAN ONLINE