Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Melaka cadang satu pokok ditebang, 100 ditanam

MELAKA 7 Sept. – Kerajaan ne-geri bercadang mewujudkan dasar yang akan membolehkan 100 batang pokok ditanam bagi setiap pokok yang ditebang di kawasan bandar negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, dasar itu pen­ting bagi memastikan negeri ini kekal sebagai bandar teknologi hijau.

“Kita lihat sahaja Singapura ketika ini apabila sebanyak 20 peratus bandar mereka diliputi hutan, secara langsung menjadikannya negara bandar paling hijau.

“Melaka pula setakat hari ini didapati masih kekurangan pokok-pokok hijau, tetapi saya yakin sekiranya dasar tersebut dapat dijalankan, negeri ini akan menjadi semakin hijau pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Bandar-Bandar Hijau: Kerjasama dan Perpaduan Serantau Dalam Usaha Pemba­ngunan Bandar-Bandar Hijau di ASEAN di sini.

Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhamad dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi ne­geri, Datuk Md. Yunos Husin.

Menurut Idris, cadangan itu akan dibincangkan bersama de­ngan kesemua pihak ber­kuasa tem­patan (PBT) di ne­geri ini supaya peLaksanaan dasar tersebut dapat dilakukan.

“Kita berharap satu kata putus dapat dicapai bagi memastikan negeri ini kekal hijau,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain