Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, bekalan air di negeri ini akan berdepan catuan sekiranya tiada sebarang pelan pemulihan diambil sehingga tempoh 15 Jun ini.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri telah melaksanakan beberapa langkah proaktif bagi memastikan bekalan air untuk kegunaan rakyat negeri ini mencukupi selain dapat ditingkatkan.

“Jika dilihat, empangan Durian Tunggal paling teruk terjejas dengan tahap 37.8 peratus sahaja berbanding 66.4 peratus di empangan Jus dan 62.5 peratus di empangan Asahan yang masih stabil.

“Pada masa ini, kita masih belum sampai ke tahap untuk catu bekalan air namun jika hujan tidak turun sehingga 15 Jun depan maka catuan akan dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE