Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kempen tersebut akan mula dilaksanakan pada 26 Oktober depan dengan kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan tambakan laut yang akan ditanam pokok dengan keluasan 37.59 hektar (92.9 ekar).

“Tindakan ini selaras dengan pelan pembangunan semula pokok hutan yang bermatlamat bagi memulihkan biodiversiti dan juga jaringan ekologi alam sekitar di peringkat kerajaan.

“Pada masa sama, itu juga adalah pelan jangka panjang bagi kita memastikan bahawa kita masih mempunyai tanah-tanah yang akan diwariskan kepda generasi akan datang,” katanya yang turut memaklumkan, Jabatan Perhutanan negeri akan menjayakan kempen tersebut.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar pasca Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE