Ketua Menteri, Adly Zahari berkata,Hari Raya Aidiladha adalah perayaan istimewa umat Islam bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. menunaikan perintah Allah S.W.T. dan kesabaran anaknya Nabi Ismail A.S. dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.

“Usaha ini dilaksanakan kerana terdapat kebimbangan dan kekhuatiran terhadap sambutan Hari Raya Aidiladha yang semakin pudar khususnya dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar pra mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Adly memberitahu, semua permohonan penambakan laut selepas ini perlu disertakan dengan pelan pembangunan yang dirancang bagi memastikan pembangunan yang teratur.

“Semua syarikat yang diberi kelulusan untuk melaksanakan projek penambakan laut perlu meletakkan penanda bagi kawasan atau koordinat kawasan yang diluluskan supaya memudahkan pemantauan aktiviti penambakan oleh pihak berkuasa.

“Hal ini kerana, jika mengikut garis panduan yang dahulu, penambakan laut ini diberikan konsesi penambakan tanpa mengambil kira pelan pembangunan, jadi jika kita lihat di kawasan-kawasan penambakan itu, banyak kawasan yang sudah ditambak tetapi masih belum dibangunkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, projek Pelabuhan Tanjung Bruas akan diperluaskan membabitkan aktiviti penambakan laut seluas 20 ekar (8.09 hektar) bagi fasa pertama.

Menurutnya, Kumpulan Melaka Berhad (KMB) dilantik sebagai agensi pemantau projek kerana mempunyai 30 peratus kepentingan di Tanjung Bruas. - UTUSAN ONLINE