Dakwa peniaga keadaan per­sekitaran di situ semakin te-ruk setiap kali hujan lebat apabila paras air naik membawa bersama sampah sarap.

Masalah bertambah rumit a­pabila air longkang tidak dapat mengalir dengan lancar dan menyebabkan bau busuk.

Bau busuk paling ketara pada awal pagi apabila paras air mulai bertambah dan melimpah ke luar dari kawasan longkang itu

Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad cawangan Melaka yang terletak di kawasan berhampiran turut berdepan situasi sama apabila sebahagian longkang berhampiran menakung air hingga mengeluarkan bau busuk.

Berdasarkan pemerhatian, longkang berkenaan mempunyai masalah dari segi sistem penga-liran air.

Difahamkan, peniaga telah ba­nyak kali mengemukakan aduan berhubung perkara itu kepada pihak bertanggungjawab dengan menggunakan pelbagai kaedah sama ada menerusi panggilan te-lefon mahupun ke pejabat pihak berkenaan.

Bagaimanapun mereka men­dakwa aduan umpama mencurah air ke daun keladi apabila sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan susulan diambil bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi mendapati dakwaan peniaga berasas apabila bau busuk mengundang rasa kurang selesa.

Berdasarkan pemerhatian per­sekitaran di kawasan itu sememangnya kotor dan be­cak.

Rata-rata peniaga yang di­temui mendakwa perniagaan mereka terjejas teruk berikutan masalah itu.

Dakwa peniaga si-tua­si itu memang kurang menye­nangkan teruta­ma dalam kala­ngan pelang­gan se­­hingga men­jejaskan perniagaan mereka.

Sehubungan itu Majlis Bandaraya Me­­laka Bersejarah­ (MBMB), selaku pi­hak­ berkuasa tempatan digesa mengambil tindakan segera mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap permasalahan itu memandangkan ia telah lama berlaku.

Air longkang ber-kenaan bukan sahaja busuk malah menjadi tempat pembiakan nya­­muk aedes.