Pengarahnya, Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, nilai kerugian itu menurun berban­ding jumlah RM34 juta yang direkod pada tahun 2016 manakala sebanyak RM938,067,348 nilai harta berjaya diselamatkan sepanjang 2017.

Menurutnya, kesedaran orang awam terutama dalam kalangan pemilik premis perniagaan mengenai aspek keselamatan dan pencegahan kebakaran semakin dipertingkatkan.

Namun katanya, pendedahan mengenai risiko kebakaran perlu diteruskan terutama untuk memastikan pemilik premis memeriksa bangunan masing-masing bagi memastikan piawaian keselamatan kebakaran dipatuhi sepenuhnya.

“Risiko kebakaran perlu dititikberatkan terutama kepada premis yang menjadi tum­puan orang ramai seperti hotel, restoran, pusat beli-belah dan dewan perhimpunan.

“Pemilik premis perlu memastikan kelengkapan menentang kebakaran dapat digunakan sepenuh pada waktu kecemasan dan laluan keluar bangunan tidak dihalang atau dikunci untuk mengelak kejadian tidak diingini seandainya berlaku situasi cemas” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan pemeriksaan premis musim perayaan di salah sebuah kompleks beli-belah di Peringgit di sini, semalam.

Yang turut hadir, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM negeri, Razali Mohd. Nasir.

Sementara itu, sempena kehadiran musim cuti perayaan tidak lama lagi, JBPM men­gingatkan orang ramai supaya mengambil langkah berwaspada terhadap aspek keselamatan premis khususnya yang melibatkan peralatan dan perkakasan elektrik.