Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, program tersebut amat bermanfaat dan berharap supaya masyarakat dapat mengamalkan sukan dalam kehidupan.


“Melalui program sebegini, kita harap lebih ramai rakyat Malaysia yang akan bersukan, sekali gus boleh meningkatkan lagi peluang untuk kita menjelmakan pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik nanti,” katanya.


Beliau berkata demikian sebelum pelancaran FitMalaysia Melaka yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron di Padang Awam Taman Seri Telok Emas di sini sebentar tadi.


Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhamad dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sukan dan Anti Dadah negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim. - UTUSAN ONLINE