Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Stanley Lam berkata, acara yang memasuki tahun keempat anjuran pihaknya itu diadakan dengan kerjasama Kelab Marathon Skyhawk Melaka dalam usaha mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada kumpulan wanita dan kanak-kanak berke-perluan khas.

Menurutnya, kali terakhir acara sama diadakan pada tahun 2016 berjaya mengumpulkan dana lebih RM123,000 dengan pe­nyertaan lebih 1,500 peserta dari seluruh negara.

“Dengan sambutan membe­ra­ngsangkan daripada para pe­­­serta dan sokongan padu ba­dan-badan korporat yang sen­tiasa meningkat saban tahun, kita jangka jumlah sasaran kutipan dan penyertaan peserta tahun ini mampu dicapai.

“Sehingga hari ini, sebanyak 700 peserta sudah mengesahkan penyertaan bagi acara tersebut yang sebahagian besarnya terdiri daripada peserta-peserta yang pernah menyertainya sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar di pusat perubatan itu di Banda Hilir di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi AgapeCare Society, Ca-roline Chin dan Pengarah Eksekutif Wings Melaka, Chan Saw Si.

Jelas Lam, selari dengan objektif penganjuran acara, Pusat Perubatan Mahkota akan me­nyalurkan dana yang diperolehi daripada yuran penyertaan serta sumba­ngan pihak korporat kepada AgapeCare Society dan Pusat Wings Me-laka agar dapat dimanfaatkan oleh golongan sasar.

“Inisiatif ini diharap dapat membantu badan amal tersebut serta bukti keprihatinan syarikat dalam memastikan semua wa-nita dan kanak-kanak mendapat penjagaan kesihatan dan keperluan yang sama rata,” ujarnya.

Larian Amal Mahkota ‘Beautiful Rush’ 2018 akan diadakan di hadapan Pusat Perubatan Mah­kota melibatkan dua kategori iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita sejauh 12 kilometer (km) dan Larian Amal sejauh 6km.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM70 (12km) dan RM38 hingga RM55 (6km).

Orang ramai boleh mendaftar secara dalam talian di laman se­sawang www.racexasia.com atau datang ke kaunter khidmat pe­langgan Pusat Perubatan Mah­kota, di sini sebelum tarikh tutup pada 15 Ogos depan.