Bahagian Perhubungan Korporat, Operasi dan Perkhidmatan Pelanggan Zakat Melaka dalam satu kenyataan memberitahu, dalam tempoh sama tahun ini, bilangan pembayar zakat juga mencatatkan peningkatan sebanyak 7.42 peratus kepada 33,750 orang berbanding 31,418 dalam tempoh sama tahun lepas.

Daripada jumlah berkenaan, zakat pendapatan mencatat kutipan tertinggi iaitu lebih RM10.60 juta dengan sejumlah 29,970 pembayar zakat manakala kutipan terendah melibatkan zakat ternakan iaitu RM7,165 dengan tujuh pembayar zakat.

Selain itu, zakat wang simpanan lebih RM5.06 juta dibayar oleh 2,743 pembayar, zakat perniagaan lebih RM4.50 juta dibayar 535 peniaga, zakat saham RM499,562.50 de­ngan 187 pembayar.

Bagi zakat emas perak pula RM176,556.11 dengan 278 pembayar, zakat pertanian RM9,985 dengan 30 pembayar.

Terdahulu, Yang Dipertua Ne-geri, Tun Mohd. Khalil Yaakob menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan bagi negeri ini di pejabatnya, Ayer Keroh di sini.

Yang turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron .

Pada majlis itu, sembilan agensi korporat menyerahkan zakat berjumlah lebih RM5 juta kepada Mohd Khalil.

Agensi berkenaan ialah Lembaga Tabung Haji (TH) dengan bayaran zakat lebih RM1.83 ju­ta; Lembaga Juruukur Tanah (RM1.06 juta); Suruhanjaya Syarikat Malaysia (RM1 juta) dan PLUS Malaysia Berhad (RM702,719).

Selain itu, Bank Islam Malaysia Berhad (RM105,961.72), Perbada-nan Pembangunan Su­ngai dan Pantai Melaka (RM56,817.61); Celcom Axiata Berhad (RM50,885) dan Melaka Bekal Sdn. Bhd. (RM25,000).