Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kerjasama hasilkan produk berasas getah

vcdva

Melaka 06 April 2017 - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan
HASAN RAHMAN (kanan) bergambar bersama peserta selepas merasmikan Majlis Konvensyen Amalan Pertanian Baik 2017 peringkat negeri di Sungai Rambai, Jasin Melaka, baru-baru ini. Turut kelihatan Alias Japri (tiga dari kiri). – UTUSAN/MOHD AZIM ABD RAHMAN

JASIN 9 April – Kerajaan negeri menggesa Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menjalinkan kerjasama dengan beberapa agensi lain bagi menghasilkan produk berasaskan getah seterusnya memperluaskan lagi sumber asli itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman berkata, antara produk yang boleh dihasilkan termasuk jalan ladang, jalan raya dan landasan kapal terbang yang diperbuat daripada bahan getah.

Menurutnya lagi, jika perkara itu berjaya direalisasikan, Melaka boleh menjadi negeri penge­luar produk getah yang bukan sahaja untuk pasaran dalam negeri malah luar negara.

“Sekiranya RISDA dapat be-kerjasama dengan beberapa pihak di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), tindakan ber­kenaan juga sekali gus dapat membantu meningkatkan pendapatan pekebun-pekebun kecil.

“Contohnya, pekebun-pekebun kecil diberikan cadangan serta penggunaan teknologi tinggi bagi meningkatkan lagi hasil masing-masing,” kata­nya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Amalan Pertanian Baik (GAP) 2017 peringkat negeri di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai di sini.

Yang turut hadir Pengarah Risda Negeri Melaka, Alias Japri.

Pada majlis tersebut, kira-kira 100 orang pekebun kecil hadir bagi mendengar taklimat dan penera­ngan serta cara-cara me­ningkatkan hasil pertanian mereka.

Sementara itu, berhubung penghasilan produk baharu berasaskan getah, Hasan memberitahu, negeri ini berpotensi untuk menjadi pengeluar produk-produk yang boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa.

“Jika RISDA dapat bekerjasama dengan pekebun kecil bagi menghasilkan produk baharu seperti penggunaan bahan getah untuk laluan kapal terbang, tidak mustahil ia boleh mema­suki pasaran Asia,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain