YAAKUB MD. AMIN
YAAKUB MD. AMIN

Timbalan Pengerusinya, Datuk Yaakub Md. Amin berkata, sebanyak 942 amil melibatkan 208 agensi dan kariah dilantik dan diberi pentauliahan daripada MAIM untuk menjalankan kutipan zakat fitrah pada tahun ini.


“MAIM berharap semua umat Islam di Melaka dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing supaya wang itu dapat disalurkan kepada golongan yang layak antaranya asnaf fakir dan mualaf,” katanya selepas merasmikan seminar `Ahlan Yaa Ramadan’ dan Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah serta saham wakaf di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini hari ini.


Yang turut hadir, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Md. Azhan Samat.


Menurut Yaakub, tahun ini MAIM menyasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM3.8 juta iaitu peningkatan sebanyak 2.27 peratus berbanding tahun lalu.


Katanya, jumlah tersebut melibatkan kutipan ke atas 567,164 penduduk di negeri ini dengan penambahan kira-kira seramai 12,000 orang. - UTUSAN ONLINE