Program yang terbuka kepada semua penuntut kolej dan penduduk sekitar Masjid Tanah itu menawarkan pelbagai jualan barangan antaranya makanan, minuman, pakaian, tudung, kos-metik dan sebagainya.

Menurut jurucakap kolej komuniti itu, Khairul Aizal Osman, bagi program kali ini pihaknya menjemput 35 orang anak-anak yatim yang terpilih untuk berkongsi rezeki dan kegembiraan dengan memberikan mereka kupon bernilai RM20 hasil sumbangan pelajar dan warga kolej tersebut untuk membeli belah di pasar lambak itu.

“Pihak kolej komuniti berharap orang ramai dapat hadir memeriahkan program ini.

“Masuk adalah percuma dan beberapa buah gerai turut menyediakan hamper kepada pengunjung bertuah,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini hari ini.