Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman berkata, masyarakat sepatutnya bersemangat untuk mengibarkan bendera kebangsaan di premis masing-masing.

“Tidak mungkin dengan harga serendah RM4.50 untuk mendapatkan bendera, mereka (pemilik perniagaan) tidak mampu untuk membeli Jalur Gemilang.

“Saya sudah meminta seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka supaya buat pemeriksaan,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jalur Gemilang Pe­ringkat Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) di sini semalam.

Kelmarin, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz memaklumkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mengkaji syarat pembaharuan lesen yang mewajibkan pemilik perniagaan mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing.

Menurutnya, usaha berkenaan merupakan inisiatif bagi menggalakkan pemasangan ben­dera ke­bangsaan di semua premis sekitar ibu kota.

Berhubung cadangan DBKL itu, Ismail memberitahu, Melaka juga mengambil pendekatan yang sama apabila kerajaan negeri akan mengkaji untuk memasukkan kos pemasangan Jalur Gemilang di premis-premis perniagaan dalam cukai ataupun lesen perniagaan pada masa hadapan.