Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hotel patuh syariah diwujudkan

Usaha memperkasa imej Kompleks Kota Al-Hasanah

Warga Sungai Rambai, Jasin  mendapat khabar gembira apabila sebuah
Warga Sungai Rambai, Jasin mendapat khabar gembira apabila sebuah hotel berkonsepkan patuh syariah bakal dibangunkan di Kompleks Kota Al-Hasanah selepas perasmian Mahkamah Syariah Sungai Rambai oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, baru-baru ini.

JASIN 8 Mac - Sebuah hotel berkonsepkan patuh syariah bakal diba­ngunkan di Kompleks Kota Al-Hasanah, Sungai Rambai dalam usaha melengkapkan lagi komponennya sebagai antara pusat Islam di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, cadangan itu merupakan sebahagian daripada usaha memperkasakan imej kota tersebut supaya menjadi pusat perkembangan syiar Islam.

Menurutnya, kompleks yang terdiri daripada beberapa komponen antaranya Masjid Al Hasanah dan Mahkamah Rendah Syariah itu juga akan dilengkapi de­ngan pejabat Majlis Agama Islam, Pusat Zakat dan Akademi Al Quran.

“Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang berkenan merasmikan Pejabat Mahkamah Rendah Syariah menjadi kenangan paling manis dalam lipatan sejarah di kawasan ini yang turut disaksikan kira-kira 30,000 rakyat jelata.

“Kita berharap de­ngan pelbagai komponen bercirikan Islamik yang akan dibina dalam Kompleks Kota Al-Hasanah dapat menjadikannya sebagai pusat setempat aktiviti masyarakat Is­lam, termasuk urusan harian, ekonomi, dakwah dan sebagai­nya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai di sini.

Dalam pada itu, kesudian Seri Paduka mencemar duli ke Sungai Rambai dalam rangka lawatan tiga hari ke Melaka baru-baru ini merupakan satu catatan sejarah baharu yang tidak akan dilupakan oleh masyarakat di sini.

Katanya, kehadiran puluhan ribu rakyat berbilang kaum itu juga membuktikan rasa ke­cin­taan masyarakat kepada Yang di Pertuan Agong dan menye­marakkan semangat perpaduan.

“Justeru, saya dan masyarakat Sungai Rambai khususnya me­ngucapkan terima kasih atas ke­sudian keberangkatan Seri Paduka ke kawasan kami dan negeri ini,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain