Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu merupakan salah satu aktiviti tahunan hospital berkenaan bagi menghargai sumbangan dan peranan dimainkan setiap agensi yang terlibat membantu syarikat itu menjadi salah satu pusat perubatan utama di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Ayer Keroh, Tan Yew Aik berkata, antara yang diraikan pada majlis itu adalah wakil daripada Persatuan Teksi Pelabuhan dan Lapangan Terbang Melaka; syarikat pengangkutan feri Indomal, Antah Ferry dan Mulia Kencana; Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka serta Jabatan Imigresen, polis, kastam serta unit keselamatan Pelabuhan dan Lapangan Terbang Melaka.

“Majlis ini adalah salah satu cara kami menghargai peranan setiap agensi yang menbantu melancarkan perkhidmatan kami selaku hospital yang mempunyai pelanggan atau pesakit dari negara jiran.

“Selain berbuka puasa, kami berharap majlis ini dapat mengeratkan hubungan antara kakitangan hospital dan semua petugas di agensi terlibat,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Selain majlis berbuka puasa dan ramah mesra, turut diadakan acara cabutan bertuah dan menurut Yew Aik, pihaknya akan terus mengadakan program seperti ini pada masa hadapan. - UTUSAN ONLINE