Pesakit tersebut hanya dikenali sebagai Kanagavali berusia lingkungan 30-an dimasukkan ke hospital dan kini dirawat di Wad 4-3.


Menurut Timbalan Pengarah Perubatan (Kanan) Hospital Melaka, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi, maklumat yang diterima hanya pesakit itu beralamat terakhir di Kota Laksamana.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keluarga pesakit ini diminta menghubungi Unit Perhubungan Awam hospital di talian 06-2892344 sambungan 2072/2056.


“Mereka juga boleh menghubungi Wad 4-3 di talian 06-2892344 sambungan 2980/2981,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE