Kedua-dua mereka secara rasmi mengikat kontrak selama setahun bersama pasukan negeri Hang Tuah itu dalam satu majlis di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini sebentar tadi.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, pihaknya berharap kehadiran pemain posisi sayap kiri dan kanan tersebut dapat memperkukuhkan bahagian hadapan pasukan itu.

Katanya, pemilihan pemain itu dibuat berdasarkan keputusan Ketua Jurulatih, Eduardo Almeida dan beliau percaya dengan kebolehan dimiliki mereka itu dapat meningkatkan lagi persembahan Melaka United.

"Melaka United berterima kasih dengan kelab asal mereka yang membenarkan kami mendapatkan khidmat Gopinathan dan Chanturu secara pinjaman bagi tempoh semusim.

"Kita berharap kedua-dua pemain ini dapat menunjukkan aksi cemerlang seterusnya membantu pasukan Melaka United bersaing dengan lawan lain dan mencapai sasaran berada di kelompok terbaik," katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani kontrak dua pemain itu sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE