Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Generasi muda pewaris seni khat

Pameran Ekspresi Seni Khat Kontemporari tarik peminat seni kaligrafi

PELBAGAI jenis lukisan khat dipamerkan kepada pengunjung di Balai 4
PELBAGAI jenis lukisan khat dipamerkan kepada pengunjung di Balai Seni Lukis Melaka yang berlangsung sekarang sehingga 3 Mei depan.

MELAKA 9 April - Seni khat atau kaligrafi sangat sinonim dengan masyarakat Arab Muslim, apabila kedatangan lima ayat al-Quran surah al-Falaq yang diturunkan menerusi Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad SAW menjadikan penulisan khat mempunyai kepen- tingan dan masih utuh sehingga kini.

Menyingkap seni halus penulisan yang telah menjadi lambang keagungan masyarakat Islam ini, khat boleh dibahagikan kepada tujuh jenis antara yang mendapat perhatian ramai iaitu khat riqiah, thulukh, khufi, diwani dan nasakh.

Setiap daripada jenis khat mempunyai cara tulisan berbeza yang pastinya unik dan memukau pandangan peminat seni tulisan itu.

Bagi meneruskan ke- gemilangan seni tersebut, lima pelukis seni khat atau kaligrafi moden tanah air bergabung mempamerkan karya kaligrafi Islam menerusi Pameran Eks-presi Seni Khat Kontemporari di Balai Seni Lukis Melaka di sini bermula pada 21 Mac lalu hingga 3 Mei depan.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas berkata, pameran yang julung kali diadakan itu dijayakan hasil karya Nurgajir Noor, Muhammad Faisal Alwie, Ahmad Raja'ei Awang, Zuhud'Ulya Iberahim dan Ainun Jariah Yaacob.

“Seni kaligrafi Islam atau khat adalah satu khazanah tertua dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam dan kini diadaptasi dengan karya lebih moden tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya.

“Bagi pameran kali ini, sebanyak 86 karya seni khat kontemporari dipamerkan bagi memberi peluang kepada peminat seni ini menghayati sendiri keunikan karya khat yang dihasilkan lima pelukis tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semasa pameran itu di sini baru-baru ini.

Sementara itu penulis kaligrafi, Nurgajir Noor, 33, berkata, ini adalah pameran keduanya di Melaka selepas tujuh tahun menceburi bidang itu.

“Sebelum ini saya pernah me­ngadakan pameran solo di Melaka dan kali ini Perzim memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan mempamerkan karya kami untuk tatapan mereka yang mencintai seni khat.

“Menerusi pameran ini, mereka boleh melihat sendiri jenis-jenis khat yang kami hasilkan antaranya khat thuluth yang banyak digunakan di negara Arab, khat nasakh yang lebih sinonim dengan tulisan al-Quran, khat khufi serta khat Dhiwani serta Dhiwani Jali yang dahulunya digunakan oleh pembesar atau raja-raja sebagai kod rahsia ketika menulis surat,” jelasnya yang berasal dari Sabah.

Menurut Nurgajir, ibu bapa seharusnya membantu anak-anak mendalami penulisan jawi seperti menyediakan buku-buku tulisan, memperkenalkan huruf-huruf jawi dan sebagainya.

“Tidak dinafikan tulisan khat dilihat agak susah bagi kanak-kanak memandangkan ia memerlukan tumpuan dan tahapnya terlalu tinggi. Tetapi paling elok jika ia bertindak selari,” katanya.

Selepas tujuh tahun melibatkan diri dalam seni kaligrafi, bapa kepada tiga cahaya mata itu mampu menarik nafas lega kerana berjaya membuka galeri bersama adik-beradik lain diberi nama GajirArt Resources di Kajang, Selangor.

Bagi Zuhud'Ulya Iberahim, 37, pelukis seni khat dan juga seorang guru, seni khat kini mendapat tempat di hati masyarakat di negara ini.

Anak jati Kedah itu turut memberitahu dahulunya dia menjadikan tulisan khat sebagai hobi tetapi kini mampu memiliki sebuah galeri yang diberi nama Ahnaf-Khat di Pulau Pinang.

“Saya mahu berkongsi dengan masyarakat yang berminat dengan seni khat. Sepanjang pembabitan saya dalam bidang ini, ramai bertanyakan bagaimana cara untuk mempelajarinya.

“Dari situ timbul idea menubuhkan galeri ini. Pada saya masyarakat perlu ditunjuk dengan karya-karya khat supaya mereka dapat mengenali secara mendalam mengenai seni yang terdapat dalam Islam,” katanya.

Menurut Zuhud'Ulya, tidak mudah untuk penulis khat menghasilkan sesuatu karya kerana memerlukan idea serta masa mencukupi agar menjadi karya yang terbaik.

Katanya, malah ada di antara karya yang dihasilkan ini mengambil masa beberapa hari malahan berbulan untuk disiapkan.

“Alhamdulilah, setakat ini penerimaan masyarakat terhadap hasil seni ini amat memberangsangkan kerana peminat seni khat menjadikannya sebagai hiasan rumah mahupun pejabat,” katanya yang berpengalaman selama lapan tahun dalam bidang ini.

Katanya, seni lukisan khat tetap menjadi pilihan anak muda meskipun penghasilannya memerlukan cara dan teknik betul bagi memperoleh hasil yang baik.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain