Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Empat sektor kerja masih di tahap kritikal

JASIN 19 April – Sektor pembinaan, perladangan, kawalan ke-selamatan dan pembersihan me-rupakan bidang pekerjaan yang berada pada tahap kritikal di ne-geri ini disebabkan kurang minat masyarakat untuk menyertainya.

Pengarah Jabatan Tenaga Ker-ja Melaka, Suraiya Ch'ng Abdullah berkata, perkara itu diakui sukar diubah walaupun sistem gaji minimum diperkenalkan kerana mentaliti serta stigma masyarakat yang memandang rendah kerjaya berkenaan serta menganggap ia hanya disertai pekerja asing.

Menurutnya, keadaan ini bukan sahaja berlaku di Melaka malah di seluruh negara dan ia sepatutnya tidak berlaku kerana bidang kerja ini turut menjanjikan pendapatan setara bagi mereka yang layak.

“Justeru, masyarakat tidak seharusnya memandang rendah pekerjaan seperti itu dan membiarkan ia dikuasai sepenuhnya oleh pekerja asing kerana peluang kerja bidang lain mungkin sukar dipenuhi tanpa memiliki kemahiran tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Hari Kecemerlangan Kerjaya dan Latihan Amali di Politeknik Merlimau di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Politeknik Merlimau, Rashidah Mustapa dan Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Merlimau, Hilmun Mohamed.

Bagaimanapun jelas Suraiya, terdapat peningkatan minat dalam pengisian kerja bagi sektor kawalan keselamatan dalam kalangan masyarakat negara ini namun ia masih perlahan.

“Bidang keselamatan dilihat lebih diminati berbanding bidang lain seperti pembinaan, perladangan dan pembersihan namun kita berharap kesemua bidang tersebut ada ada pe­ningkatan penyertaan daripada masyarakat pada masa depan,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, penganjuran program yang menyediakan kira-kira 1,500 peluang pekerjaan itu dilihat mampu memberi manfaat kepada pelajar terutamanya mereka yang mencari kerja.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain