Beliau yang berasal dari Pantai Kundor, Tanjung Kling di sini sebelum ini pernah menjadi pensyarah di Kolej Islam Darul Ehsan dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari 1997 hingga 2007.

Beliau ketika ditemui selepas majlis itu berkata, umat Islam di negara ini perlu mendalami ilmu Islam daripada pakar sebenar bagi mengelakkan mereka daripada melakukan sesuatu yang menyim­pang daripada ajaran sebenar agama.

Menurutnya, umat Islam perlu melakukan penghijrahan ilmu ke­rana itu faktor penting bagi mengelak mereka terpengaruh dengan gejala negatif terutama anasir yang mahu merosakkan agama Islam.

“Justeru, adalah penting untuk kita menuntut ilmu secara profesional dari pakar supaya sahsiah diri lebih tersusun serta tidak menyimpang daripada realiti Islam sebenar.

“Pendidikan amat penting untuk membawa perubahan dalam diri seseorang kerana tanpanya sukar untuk membuat keputusan secara waras,” katanya.

Anugerah Tokoh Maal Hijrah yang turut dikenali sebagai Anugerah Abu Bakar As-Siddiq itu disampaikan Yang Dipertua Nege­ri, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Yang hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Yaakub Md. Amin.

Selain anugerah itu, Dr. Zaha­zan turut menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, plak, sijil penghargaan dan hadiah iring­an.

Dr. Zahazan kini aktif menerbitkan buku ilmiah di bawah Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. selain menjadi kolumnis akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian serta majalah Solusi, Perempuan, Nur dan Muslimah.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Kedoktoran dalam bidang Linguistik Bahasa Arab (kajian bidang tafsir al-Quran) dari Universiti Malaya.