Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej agensi itu, Hi­shamuddin Mustafa berkata, pi­haknya sentiasa bekerjasama dengan sekretariat ASEAN di mana setiap daripada mereka mempu­nyai unit-unit tersendiri antaranya membangunkan sukan, prasarana, pelancongan dan sebagainya.

Untuk itu katanya, Tourism Ma­laysia mempunyai unit pelancongan tersendiri di Ibu pejabat sekretariat ASEAN dan akan memperkenalkan rumah ASEAN di taman mini yang terletak tidak jauh dari Plaza Tol Ayer Keroh dan sesuai untuk menjadi lokasi persinggahan pelancong dari dalam dan luar negara pada masa akan datang.

“Kerjasama dengan sekretariat ASEAN dalam bidang pelanco­ngan dijangka tidak menghadapi masalah kerana baru-baru ini kita menganjurkan acara berbasikal yang disertai hampir 1,000 peserta dari negara ASEAN dan untuk itu usaha memperkenalkan rumah-rumah ASEAN ini dijang­ka akan lebih mudah sekiranya dikendalikan dan melibatkan negara itu sendiri,” katanya.

Beliau ditemui selepas me­ngetuai lawatan kunjungan balas Tourism Malaysia bersama agensi pelancongan, media, pemandu pelancong serta penulis blog ke taman mini tersebut di sini.

Yang turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah Taman Mini Malaysia dan ASEAN, Datuk Radhuana Salleh, Pengurus taman mini itu, Ida Sukma Abdul Halim serta kira-kira 20 peserta dari ibu negara.

Sepanjang program itu, peserta dibawa melawat ke 13 buah rumah tradisional mengikut nege­ri, melihat persembahan kebudayaan termasuk tarian tradisional dari Sarawak serta menikmati jamuan makan tengah hari di Rumah Se-langor secara bersila.

Sementara itu, Radhuana ber­kata, pihaknya menyasarkan jumlah kehadiran pelancong ke taman mini tersebut sebanyak 50 peratus dapat singgah di lokasi itu dan seterusnya bermalam di hotel-hotel di negeri ini.

“Alhamdulillah enam bulan per­­­tama kehadiran pelancong me­­­ni­ngkat 60 peratus daripada 200,000 orang tahun lalu, dan ketika ini semua rumah-rumah negeri su­dah dibaiki hampir 90 peratus manakala rumah-rumah ASEAN di peringkat 60 peratus siap dan dijangkakan siap sepenuhnya menjelang April depan,” katanya.