Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pemberian bonus itu melibatkan sejumlah 5,300 kakitangan awam di Melaka yang akan dibayar pada 23 Mei ini.

Menurut beliau, bayaran bonus itu akan diterima bersama gaji bulanan kakitangan kerajaan pada tarikh tersebut.

“Kerajaan negeri memperuntukkan RM5.3 juta bagi tujuan pembayaran bonus itu.

“Langkah itu bagi membolehkan mereka membuat persiapan awal untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri selain meringankan beban mereka,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis Ihya Ramadan anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka di Masjid Ar Rahmah, Kampung Tun Razak, Bukit Katil di sini petang ini. - UTUSAN ONLINE