Mangsa, Yusof Al-Baihakki Zainal Abidin meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika menerima rawatan selepas dikejarkan ke Hospital Melaka oleh pihak Taska.

Ibu mangsa, Roslina Ismail, 34, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak Taska pada pukul 12 tengah hari dan segera ke lokasi.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, pihak Taska memaklumkan kepada saya bahawa Yusof Al-Baihakki tersedak susu dan terus membawa anak saya ke hospital.

“Doktor yang merawatnya kemudian mengesahkan Yusof Al-Baihakki telah meninggal dunia dan tidak boleh diselamatkan lagi” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Melaka, di sini petang ini.

Lebih menyedihkan, Roslina yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Methodist Melaka dan suaminya, Koperal Zainal Abidin Deraman, 34, sebelum ini telah menunggu selama tujuh tahun untuk menyambut kelahiran anak keduanya itu. - UTUSAN ONLINE