Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali, hujan tanpa henti sejak pukul 11 pagi itu menjejaskan lima keluarga melibatkan sejumlah 44 mangsa.

Katanya, Pusat Pemindahan Sementara Banjir telah dibuka di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai sejak petang tadi dan kini menempatkan kesemua mangsa banjir di sini setakat pukul 9 malam tadi. - UTUSAN ONLINE