Ketiga-tiga rumah kebajikan tersebut iaitu Rumah Anak-Anak Yatim Islam Darul Aitam Pernu, Warm Homes Care Center Bachang dan Salvatorian Homes Bukit Rambai masing-masing menerima cek berjumlah RM5,500 untuk kegunaan mereka.

Ketiga-tiga cek bantuan berkenaan disampaikan oleh Pengurus Besar hotel berkenaan, Low Kee Nam kepada tiga wakil penerima daripada rumah kebajikan berke­naan.

Pada majlis itu, Rumah Anak-Anak Yatim Islam Darul Aitam diwakili oleh penyelianya, Mohd. Khairol Hatta Sulaiman; Warm Homes Care Center diwakili pe­ngurusnya, Vivian Chai manakala ahli lembaga pengarah David Soon mewakili Salvatorian Homes.

Kee Nam ketika ditemui berkata, pihaknya mengumpul sejumlah RM16,500 hasil jualan kemeja T dan sumbangan tersebut merupakan salah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) hotel itu bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Bantuan ini merupakan kali Ke-12 diadakan sejak hotel ini beroperasi dan setiap tahun rumah kebajikan yang dipilih adalah berbeza,” katanya dalam majlis penyerahan cek bantuan itu di hotel berkenaan di Jalan Hang Tuah di sini.

Menurut Kee Nam, sebanyak 1,000 helai baju T dijual kepada pelanggan hotel bermula pada 1 November hingga 31 Disember lalu dan semua hasil jualan didermakan kepada ketiga-tiga rumah kebajikan berkenaan dan kutipan kali ini paling ter-tinggi dicatatkan sebelum ini.