Poay Tiong yang juga ketua pembangkang DUN bersikap biadab kerana tidak mengendahkan arahan Timbalan Speaker, Datuk Ab. Wahab Ab. Latip yang mengarahkannya berhenti daripada melakukan provokasi terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Idris (BN-Sungai Udang) sebelum itu sedang menjawab soalan tambahan daripada ADUN Duyong, Goh Leong San (Bebas) berhubung isu penipuan tanah.

Poay Tiong dikenakan tindakan itu selepas Datuk Md. Yunos Husin (BN-Ayer Molek) bangun mencadangkan ADUN DAP berkenaan dihalau keluar daripada dewan selepas merujuk buku peraturan dewan.

Cadangan berkenaan disokong Datuk Seri Abd. Ghafaar Atan (BN-Asahan) sebelum dipersetujui Timbalan Speaker. - UTUSAN ONLINE