Idris Haron

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu dicatatkan bagi tempoh sehingga suku tahun kedua 2017.

Bagaimanapun menurutnya, pendaftaran pemilih dalam kalangan penjawat awam di ne­geri ini berada pada tahap cemerlang dan hanya enam orang yang didapati belum mendaftar.

“Pelbagai program sedang dijalankan oleh SPR untuk me­ningkatkan kadar pendaftaran pemilih di negeri ini dan antara pendekatan diambil termasuk mengadakan program pendidikan pengundi.

“Hasilnya, Melaka mencatatkan kadar peratusan warganegara belum mendaftar sebagai pemilih antara terendah iaitu pada kadar 12.5 peratus,” kata­nya ketika ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Seri Ne­geri, Ayer Keroh di sini semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Naim Abu Bakar dan Pengarah SPR Melaka, Haelmy Mohd. Hanafiah.

Dalam pada itu, Idris berkata, jumlah peratusan mengundi bagi setiap pilihan raya umum (PRU) yang telah diadakan adalah pada kadar di bawah 80 peratus ke­cuali pada PRU-13 lalu yang mencatatkan jumlah peratusan keluar mengundi sebanyak 84.84 peratus.

“Justeru, bagi memastikan penjawat awam melaksanakan tangungjawab sebagai pemilih, sekretariat pilihan raya di peringkat kementerian dan pejabat setiausaha kerajaan negeri termasuk di Melaka diwujudkan.

“Sekretariat ini berperanan menggalakkan penjawat awam di peringkat negeri dan Persekutuan untuk mendaftar sebagai pemilih serta menukar alamat kad pe­ngenalan dan tempat mengundi berdasarkan alamat bermastautin yang terkini,” katanya.