Datuk Bandar (MBMB), Datuk Azmi Hussain berkata, beliau melihat sokongan yang diberikan oleh masyarakat setempat terhadap program tersebut sebagai amat menggalakkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2018.

“Dalam program ini juga kita mempunyai dua kategori iaitu terbuka dan kategori orang kurang upaya (OKU) yang disertai kira-kira 10 orang dengan jarak larian sepanjang 1.7 kilometer (km),” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Program yang dijangka tamat pada pukul 11 pagi itu juga dimeriahkan lagi dengan beberapa acara lain yang antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak tadika, permainan dalaman seperti karom dan congkak, selain dimulakan dengan acara zumba awal pagi tadi. - UTUSAN ONLINE