Program tersebut diadakan bagi menghimpunkan semua bekas pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan selepas 49 tahun terpisah dan mengikut haluan masing-masing sebaik sahaja tamat persekolahan.

Penganjur program Reunion SGB 67 itu, Abu Bakar Salleh berkata, sepanjang dua hari program tersebut, semua peserta dapat bertemu semula setelah sekian lama terpisah dan menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya program tazkirah selepas solat maghrib dan subuh.

“Sempena pertemuan semula kali ini juga, pihak kami mengumpul kutipan sebanyak RM2,500 untuk disampaikan kepada wakil Pusat Pengajian Al-Huffaz, Hadi Halim.

“Lebih bermakna, Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik yang juga merupakan salah seorang rakan sekolah kami turut hadir dan menyampaikan bantuan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas program itu di Pengkalan Balak, di sini sebentar tadi.

Menurut Abu Bakar, bekas pelajar SGB sering menganjurkan pelbagai program termasuk mengadakan lawatan ke Hatyai, Thailand pada November lalu yang disertai sebanyak 20 buah keluarga. - UTUSAN ONLINE