Pemberian bonus itu disampaikan dalam Program Majlis Amanat dan Touch Point Pengerusi JKKK bersama Ketua Menteri yang diadakan bagi mengeratkan hubungan antara pemimpin komuniti setiap kawasan dengan pemimpin kerajaan negeri.

Sumbangan bonus RM1,000 itu merupakan sebahagian daripada bantuan kerajaan RM1,500 setiap seorang menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baki RM500 lagi bakal diterima pemimpin komuniti itu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Selain Idris, yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman selaku Exco portfolio JKKK serta barisan Exco kerajaan negeri. - UTUSAN ONLINE